MINIT CURAI
MESYUARAT
MAJLIS
BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.4/2012
JABATAN
PELAJARAN JOHOR.
Tarikh : 17
Desember 2012 ( Isnin )
Masa : 2.15 ptg.
Tempat : Bilik
Mesyuarat Utama Aras 6
Blok A . Jabatan Pelajaran Johor
Pengerusi : Mohd
Nor A. Ghani
Pengarah
Pelajaran Johor
A. Perutusan Pengerusi
-----------------------------------------------------
1. Tuan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat. Semuga
mesyuarat yang diadakan ini dapat
menghasilkan sesuatu yang baik dan bermanafaat kepada semua pihak samada ahli Kesatuan
mahupun pihak pengurusan
2. Pengerusi
berharap isu yang boleh diselesaikan secara dalaman perlu diselesaikan secara
dalaman jangan sampai ada pihak yang mengambil kempatan melalui isu-isu
terutama melibatkan JPN/KPM/sekolah.
3. Pengerusi juga mengingatkan agar semua pihak mematuhi
dasar dan peraturan dalam setiap tindakan dan keputusan. Pihak pengurusan
diharap dapat menentukan wakil-wakil dari pihak yang difikirkan perlu untuk
menjadi ahli mesyuarat.
PPD
dicadangkan untuk menyatukan semua isu sekiranya ada dan salurkan ke
kesatuan/persatuan untuk diambil tindakan oleh kesatuan/persatuan.
4.
Isu
Sijil Sakit (pesakit luar) yang dikeluarkan oleh hospital/Klinik Swasta yang
telah melebihi kelayakan tahunan iaitu (15 hari) telah engan ditandatangan
timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Pengarah
Jabatan Pesakit Luar H.S.A yang ditemui memaklumkan pegawai perubatan kerajaan
yang tidak merawat pesakit tidak akan dapat memberi maklumat tepat
mengenai sakit pegawai apabila
dikhendaki member keterangan melibatkan kes tuntutan insuran. – Sehubungan
dengan itu guru-guru dan kakitangan sokongan dinasihatkan mendapat rawatan dan
sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik/poliklinik kerajaan setelah
kelayakan 15 hari (sijil sakit swasta) habis digunakan.
5 Isu
Pengisian kekosongan Pembantu Tadbir (PT) gred N17 di SMK Nusa jaya, Gelang
Patah Johor yang hanya ditempatkan Satu PT gred N17 dan 2 Pembantu Am Pejabat.
Telah dapat diselesaikan setelah perbincangan dengan pihak Jabatan/PPD Johor
Bahru menghantar seorang KPT gred N22 pada 3/12/2012 membantu dalam melancarkan
pengurusan sekolah.
6.
Isu-
Penyewaan mesin Photostat di sekolahp sekolah Pihak Audit meminta.pihak sekolah
yang membuat penyewaan perkhidmatan Photostat (bayaran Berdasarkan bacaan
meter) agar mendapat tandatangan timbal Pegawai Pelajaran Daerah Didokumen
perjanjian. Masalahnya pihak PPD tidak mahu menurunkan tandatangan kerana tiada
arahan atau punca kuasa mengenainya. Perkara nin menimbulkan kesan kepada
laporan Audit sekolah.
Mesyuarat memaklumkan sekolah diminta
mendapatkan contoh dokumen perjanjian yang standard dan seragam yang tekah
disediakan oleh Unit Perolehan dan Aset
dengan Keperluan ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran Johor atau PPD sebagai
Pihak Kerajaan.
Contoh dokumen penyewaan mesin Photostat standard yang
disediakan oleh Unit Perolehan dan Aset akan dimasukan kedalam web Jabatan agar
dapat dijadikan contoh sekitanya sekiranya sesuai digunakan oleh sekolah
7.
Isu-
Kelulusan Cuti keluar Negara atas sebab persendirian mohon pertimbangan bagi
pihak Pengetua/Guru Besar yang berhasrat keluar Negara semasa sesi persekolahan
agar diberi kelulusan dengan lebih longgar .
Mesyuarat memutuskan perlu menjaga waktu
instruksional. Bagi guru yang sangat perlu keluar Negara bagi kes-kes yang
wajar, kelulusan cuti rehat khas perlu diperolehi terlebih dahulu dari
Pengetua/Guru Besar. Bagi Pengetua/Guru Besar pula,kelulusan cuti rehat perlu
diluluskan oleh PPD masing-masing. Kelulusan kebenaran keluar Negara akan
dipertimbangkan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah berdasarkan kepada wajaran
sebab dan setelah CRK/CR diluluskan terlebih dahulu oleh ketua masing-masing
8 Isu-
Kelayakan Cuti Rehat Guru Besar - Semua Guru Besar yang telah dilantik ke Gred
jawatan DG 41 selepas 1/1/2009 kelayakan cuti mengikut kuat kuasa Pekeliling
bil 14 tahun 2008. Iaitu 25 hari sahaja bukanya 35 hari.
9 Isu- Pihak Sekolah diarah oleh ke PPD
untuk mengambil bahan ICT diminta membawa cop. Sekolah menerima peralatan ICT
(PC) diminta menandatangani Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan
Pentauliahan oleh syarikat DIGICITY(M) Sdn Bhd.tanpa diperiksa dan diuji.serta
membawa pulang ke sekolah. Ini bertentangan
dengan prosedur penerimaan asset
kerajaan.
Pengarah memaklumkan pihak sekolah jangan
menandatangani sebarang SAP dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan tanpa disemak
dan diuji terlebih dahulu oleh syarikat berkenaan. Sepatutnya Syarikat
menghantarnya terus ke sekolah seperti mana syarat perjanjian kontrak
11 Pengerusi mengucapkan ribuan
terimakasih kepada semua pandangan, cadangan dan maklum balas yang diberi dan diharap segala keputusan yang telah di
ambil dapat di ambil tindakan bersama.
12
Mesyuarat
ditangguhkan jam 5.45 petang
Disediakan oleh:
……………………………………
( YAACOB BIN OTHMAN )
PENGERUSI KEPTAN JB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan