Ahad, 29 Jun 2014

Khamis, 28 Februari 2013

Minit Mesyuarat MBJ bil 4/2012, Jabatan Pelajaran Johor


MINIT CURAI MESYUARAT
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.4/2012
JABATAN PELAJARAN JOHOR.


Tarikh             :                       17 Desember 2012   ( Isnin )
 Masa               :           2.15  ptg.
                                    Tempat             :           Bilik Mesyuarat Utama Aras 6
Blok A . Jabatan Pelajaran Johor
                                                                       
                                    Pengerusi        :           Mohd Nor A. Ghani
                                                                        Pengarah Pelajaran Johor

                                   
A.  Perutusan Pengerusi
-----------------------------------------------------

1.         Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat. Semuga mesyuarat yang diadakan  ini dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan bermanafaat kepada semua pihak samada ahli Kesatuan mahupun pihak pengurusan

2.         Pengerusi berharap isu yang boleh diselesaikan secara dalaman perlu diselesaikan secara dalaman jangan sampai ada pihak yang mengambil kempatan melalui isu-isu terutama melibatkan JPN/KPM/sekolah.

3.         Pengerusi  juga mengingatkan agar semua pihak mematuhi dasar dan peraturan dalam setiap tindakan dan keputusan. Pihak pengurusan diharap dapat menentukan wakil-wakil dari pihak yang difikirkan perlu untuk menjadi ahli mesyuarat.

            PPD dicadangkan untuk menyatukan semua isu sekiranya ada dan salurkan ke kesatuan/persatuan untuk diambil tindakan oleh kesatuan/persatuan.

4.             Isu Sijil Sakit (pesakit luar) yang dikeluarkan oleh hospital/Klinik Swasta yang telah melebihi kelayakan tahunan iaitu (15 hari) telah engan ditandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.  Pengarah Jabatan Pesakit Luar H.S.A yang ditemui memaklumkan pegawai perubatan kerajaan yang tidak merawat pesakit tidak akan dapat memberi maklumat tepat mengenai  sakit pegawai apabila dikhendaki member keterangan melibatkan kes tuntutan insuran. – Sehubungan dengan itu guru-guru dan kakitangan sokongan dinasihatkan mendapat rawatan dan sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik/poliklinik kerajaan setelah kelayakan 15 hari (sijil sakit swasta) habis digunakan.

5          Isu Pengisian kekosongan Pembantu Tadbir (PT) gred N17 di SMK Nusa jaya, Gelang Patah Johor yang hanya ditempatkan Satu PT gred N17 dan 2 Pembantu Am Pejabat. Telah dapat diselesaikan setelah perbincangan dengan pihak Jabatan/PPD Johor Bahru menghantar seorang KPT gred N22 pada 3/12/2012 membantu dalam melancarkan pengurusan sekolah.

6.             Isu- Penyewaan mesin Photostat di sekolahp sekolah Pihak Audit meminta.pihak sekolah yang membuat penyewaan perkhidmatan Photostat (bayaran Berdasarkan bacaan meter) agar mendapat tandatangan timbal Pegawai Pelajaran Daerah Didokumen perjanjian. Masalahnya pihak PPD tidak mahu menurunkan tandatangan kerana tiada arahan atau punca kuasa mengenainya. Perkara nin menimbulkan kesan kepada laporan Audit sekolah.

Mesyuarat memaklumkan sekolah diminta mendapatkan contoh dokumen perjanjian yang standard dan seragam yang tekah disediakan  oleh Unit Perolehan dan Aset dengan Keperluan ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran Johor atau PPD sebagai Pihak Kerajaan.

Contoh dokumen  penyewaan mesin Photostat standard yang disediakan oleh Unit Perolehan dan Aset akan dimasukan kedalam web Jabatan agar dapat dijadikan contoh sekitanya sekiranya sesuai digunakan oleh sekolah

7.             Isu- Kelulusan Cuti keluar Negara atas sebab persendirian mohon pertimbangan bagi pihak Pengetua/Guru Besar yang berhasrat keluar Negara semasa sesi persekolahan agar diberi kelulusan dengan lebih longgar .

Mesyuarat memutuskan perlu menjaga waktu instruksional. Bagi guru yang sangat perlu keluar Negara bagi kes-kes yang wajar, kelulusan cuti rehat khas perlu diperolehi terlebih dahulu dari Pengetua/Guru Besar. Bagi Pengetua/Guru Besar pula,kelulusan cuti rehat perlu diluluskan oleh PPD masing-masing. Kelulusan kebenaran keluar Negara akan dipertimbangkan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah berdasarkan kepada wajaran sebab dan setelah CRK/CR diluluskan terlebih dahulu oleh ketua masing-masing

8          Isu- Kelayakan Cuti Rehat Guru Besar - Semua Guru Besar yang telah dilantik ke Gred jawatan DG 41 selepas 1/1/2009 kelayakan cuti mengikut kuat kuasa Pekeliling bil 14 tahun 2008. Iaitu 25 hari sahaja bukanya 35 hari.

9          Isu- Pihak Sekolah diarah oleh ke PPD untuk mengambil bahan ICT diminta membawa cop. Sekolah menerima peralatan ICT (PC) diminta menandatangani Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan oleh syarikat DIGICITY(M) Sdn Bhd.tanpa diperiksa dan diuji.serta membawa  pulang ke sekolah. Ini bertentangan dengan prosedur  penerimaan asset kerajaan.

Pengarah memaklumkan pihak sekolah jangan menandatangani sebarang SAP dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan tanpa disemak dan diuji terlebih dahulu oleh syarikat berkenaan. Sepatutnya Syarikat menghantarnya terus ke sekolah seperti mana syarat perjanjian kontrak

11         Pengerusi mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pandangan, cadangan dan maklum balas yang diberi  dan diharap segala keputusan yang telah di ambil dapat di ambil tindakan bersama.


12            Mesyuarat ditangguhkan jam 5.45 petang








Disediakan oleh:                                                          




……………………………………                          
(   YAACOB BIN OTHMAN  )                             
    PENGERUSI KEPTAN JB

Isnin, 22 Oktober 2012


INFO RINGKAS PERSIDANGAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 17

Kehadiran – 307 Perwakilan daripada 77 Cawangan
Keahlian Keptan Semenanjung Malaysia sehingga 31 Mac 2012 – 14,051 orang
Hasil Perjumpaan Dengan YAB Menteri Pelajaran:
• Norma perjawatan KPT/PT di sekolah akan dikaji semula (lebih stabil)
iaitu tanpa perlu mengikut enrolmen pelajar (ikut gred jawatan Guru Besar / Pengetua)
• Elaun Tanggunjawab (ETJ) untuk PT (Gred N22-hakiki & N26) telah dikemukakan kepada JPA oleh BPSM

Usul/Cadangan CUEPACS kepada Suruhanjaya Khas Penambaikan Perkhidmatan Awam & KSN:
• Tiada Gaji Mati dalam SSM Baru (dijangka akan dilaksanakan awal Januari 2012)
• Penggelaran Jawatan Pembantu Tadbir akan ditukar nama
• Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan hendaklah diteruskan oleh BPP bukanya diserah kepada pihak bank
• Pencen Penjawat Awam Kumpulan Pelaksana hendaklah melebihi paras kemiskinan (iaitu melebihi RM2000 sebulan)
• Kenaikan Pangkat secara Time Based hendaklah sama dengan Kumpulan lain (yang lebih cepat naik pangkat) iaitu 10-6-6 (17 > 22 > 26)
• Semua Pekeliling lama akan dikaji semula mengikut kesesuaian sekarang dan masa depan
• ITP hendaklah dinaikkan dan COLA diseragamkan

Mesyuarat MBK di KPM (USUL KEPTAN)
• Time Based dikurangkan tempoh
• Laluan Kerjaya PT (Kew)
• PT yang dipinjamkan secara pentadbiran lke PPD/JPN hendaklah dipulangkan ke sekolah semula
• Penjumudan PTR telah mengurangkan pos PT
• Elaun Tanggung Jawab (ETJ)

Info ini adalah sekadar makluman sahaja. Sekiranya ada sebarang percanggahan fakta yang saya pos ini, info sebenar hendaklah dirujuk kepada Timbalan Presiden Keptan Semenanjung Malaysia (En. Che Saad Hashim).