Isnin, 22 Oktober 2012


INFO RINGKAS PERSIDANGAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 17

Kehadiran – 307 Perwakilan daripada 77 Cawangan
Keahlian Keptan Semenanjung Malaysia sehingga 31 Mac 2012 – 14,051 orang
Hasil Perjumpaan Dengan YAB Menteri Pelajaran:
• Norma perjawatan KPT/PT di sekolah akan dikaji semula (lebih stabil)
iaitu tanpa perlu mengikut enrolmen pelajar (ikut gred jawatan Guru Besar / Pengetua)
• Elaun Tanggunjawab (ETJ) untuk PT (Gred N22-hakiki & N26) telah dikemukakan kepada JPA oleh BPSM

Usul/Cadangan CUEPACS kepada Suruhanjaya Khas Penambaikan Perkhidmatan Awam & KSN:
• Tiada Gaji Mati dalam SSM Baru (dijangka akan dilaksanakan awal Januari 2012)
• Penggelaran Jawatan Pembantu Tadbir akan ditukar nama
• Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan hendaklah diteruskan oleh BPP bukanya diserah kepada pihak bank
• Pencen Penjawat Awam Kumpulan Pelaksana hendaklah melebihi paras kemiskinan (iaitu melebihi RM2000 sebulan)
• Kenaikan Pangkat secara Time Based hendaklah sama dengan Kumpulan lain (yang lebih cepat naik pangkat) iaitu 10-6-6 (17 > 22 > 26)
• Semua Pekeliling lama akan dikaji semula mengikut kesesuaian sekarang dan masa depan
• ITP hendaklah dinaikkan dan COLA diseragamkan

Mesyuarat MBK di KPM (USUL KEPTAN)
• Time Based dikurangkan tempoh
• Laluan Kerjaya PT (Kew)
• PT yang dipinjamkan secara pentadbiran lke PPD/JPN hendaklah dipulangkan ke sekolah semula
• Penjumudan PTR telah mengurangkan pos PT
• Elaun Tanggung Jawab (ETJ)

Info ini adalah sekadar makluman sahaja. Sekiranya ada sebarang percanggahan fakta yang saya pos ini, info sebenar hendaklah dirujuk kepada Timbalan Presiden Keptan Semenanjung Malaysia (En. Che Saad Hashim).

Rabu, 6 Jun 2012

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N)

( klik disini )
PENETAPAN GAJI BARU PENAMBAHBAIKAN SSM.

KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN GRED N DAN W

( klik disini )
UNTUK PERHATIAN SEMUA AHLI KEPTAN.

SLAID GAJI BARU

( Slid Gaji Baru )
Untuk Perhati

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/ 2012

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/ 2012  )
Untuk Perhatian Semua.

JPA sahkan elaun, skim gred dikaji semula secara peringkat mulai 2012

The Malaysian Insider – Fri, Dec 16, 2011
Oleh G. Manimaran





KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah mengesahkan pihaknya akan mengkaji semula elaun dan pelarasan gaji secara berperingkat mulai tahun depan susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Bagaimanapun katanya, pelaksanaan cadangan kajian itu akan bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan kelak.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
“Kita ada carta tindakan. Oleh itu kita akan kaji satu persatu mulai tahun depan selepas pelaksanaan SBPA,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Ya, mengikut jadual kerja, kami akan memulakan kajian pada tahun depan. Sekarang kita tumpu pada SBPA dulu. “Bagaimanapun pelaksanaan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan, JPA akan berikan cadangan kepada kerajaan dan terserah kepada kerajaan,” kata beliau lagi.
“Begitu juga kajian semula skim gred dan pelarasan gaji kemudian, ekoran pelaksanaan SBPA,” kata beliau lagi.
Abu Bakar (gambar) berkata kajian semula perkara-perkara berkenaan akan dijalankan secara berterusan untuk menambahbaiki sistem saraan melibatkan kakitangan awam.
Awal minggu ini, The Malaysian Insider membawa laporan memetik kesatuan gabungan Cuepacs berkata, kajian semula elaun dan pelarasan gaji kakitangan awam dijangka dilakukan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013 dan 2014 susulan pelaksanaan SBPA.
The Malaysian Insider difahamkan kerajaan meletakkan sasaran dua tahun itu masing-masing bagi mengkaji semula lebih 100 jenis elaun melibatkan 1.4 juta kakitangan awam dan kemudian pelarasan gaji mengambil kira keadaan semasa.
“Mengikut maklumat yang kami terima, yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam semasa taklimat SBPA baru-baru ini, kerajaan mahu melaksanakan satu persatu, di mana tahun ini kajian semula sistem saraan baru, daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA.
“Kemudian tahun depan, kami iaitu Cuepacs dan JPA akan meneliti soal keperluan mengkaji semula elaun-elaun yang ada, yang diterima oleh kakitangan awam, dan kemudian pelarasan tahun pada 2014,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan.
NUTP merupakan antara kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs. Setiausaha Agungnya juga merupakan setiausaha agung Cuepacs.
Jika kajian yang akan dilakukan pada tahun depan mendapati sesuai dan perlunya elaun-elaun yang diterima kakitangan awam diubah dan dinaikkan selari dengan SBPA, kata Hashim, perkara itu akan dilakukan pada 2013.
“Begitu juga dengan pelarasan gaji, kajian semula akan dimulakan pada tahun 2013, dan jika ada keperluan, maka pelarasan  gaji akan dibuat pada 2014,” katanya.
Semasa sidang media sempena pelancaran SBPA pada 7 Disember lalu, Abu Bakar berkata, SBPA yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2012 hanya melibatkan semakan gaji, bukannya pelarasan gaji.
Di bawah SBPA, kerajaan memperkenalkan sistem gaji sebaris berbanding tiga baris di bawah SSM.
Pengenalan SBPA melibatkan kenaikan kos hampir RM2 bilion.
Malah ia juga tidak melibatkan sebarang perubahan dalam elaun-elaun diterima, khususnya elaun kos sara hidup, elaun perumahan dan elaun keraian.
Selain itu ada sekitar 170 jenis elaun dinikmati oleh kakitangan awam mengikut gred dan skim masing-masing.
Pekeliling pelaksanaan SBPA menyebut bahawa prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran imbuhan tetap yang berkuat kuasa dikekalkan di bawah SBPA.
Mengikut pekeliling itu, terdapat 119 jenis elaun dibayar kepada kakitangan awam kategori umum manakala perkhidmatan pendidikan pula menawarkan 37 jenis elaun.
Menurut SBPA, pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan perkhidmatan awam secara tersusun.
Ia menekankan aspek pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi.